Dengarlah...

Thursday, December 6, 2018

Kalau bumi bersuara

Tidak semua hati Allah kurniakan menjadi sabar dan tabah,

Hati yang kuat hanya untuk mereka yang percaya bahawa takdir dan janji Allah itu pasti.



Menjadi seorang hamba Allah ada laa wajib untuk tempah tiket samada ke syurga atau neraka,

tetaapi Allah pernah berjanji setiap insan yang bergelar umat Rasulullah akan jejakkan kaki ke syurga kelak.



Jangan pandang remeh akan sesuatu yang berlaku.

Jangan pernah berkata aku hebat, aku beriman, aku pasti masuk syurga.

Jangan takbur dengan ilmu di dada.

Jangan menganggap diri terlalu diatas sedangkan orang di bawah melihat kita sebelah mata.



Tun Mahathir pernah berkata "semua orang mampu membeli jam, tetapi tiada siapa mampu membeli masa"



Kalau ada beribu manusia di dunia ini yang tahu menghargai akan sesuatu, aku yakin negara kita akan aman.



Aman dari fitnah.

Aman dari takbur.

Aman dari angkuh.

Aman dari perkauman.

Aman dari persengketaan.



Negara sudah terlalu nazak dengan semuanya. Aku yakin, kalau bumi mampu meluahkan isi hatinya kita semua akan menyesal dengan apa yg sudah kita lakukan. Kalau laa bumi mampu muntahkan semuanya, aku rasa sudah pasti dia ingin bersihkan dirinya dari benda-benda kotor yang kita lakukan.



Andai bumi mampu berkata-kata mulut lancang kita akan terdiam kaku, hanya mampu mendengar aduan setiap apa yang telah kita perbuat pada dirinya .





Yang turut tersindir,

~Mekar

No comments:

Post a Comment

Kalau bumi bersuara

Tidak semua hati Allah kurniakan menjadi sabar dan tabah, Hati yang kuat hanya untuk mereka yang percaya bahawa takdir dan janji Allah itu...